" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "
" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "
" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "
" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! "
" Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "
" Jin dengan mambang !? Hahhahhahhahahha ..... "
" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. "
" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu. "
" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "
" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "
" Saya, cikgu "
" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "
" Saya kenal cikgu "
" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas. "
" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai toncet ! "
" Toncet?! Hahhahhahhahahha ..... "
" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "
" Cikgu ... "
" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "
" Yang mana ? "
" Yang ini ... "
" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "
" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "
" Huruf Khaaa ? " di petik dari sini
kalau dulu..Buta huruf tu dianggap biasa sahaja kan..Maklumlah, apa sangat kemudahan yang ada..
tapi di zaman cyber teknologi terkini ( tiba je lirik keranamu Malaysia diselitkan)..Masih ada anak-anak zaman moden ni buta huruf..
Tengok gambar ni..(klik utk besarkan gambar)
Amacam? Tu adalah hasil daripada kelas peralihan..chekgu ambil dari buku latihan cikgu petang yg duduk di seblah meja chekgu
Chekgu bukan nak membincangkan adanya kepincangan dalam sistem pendidikan kerana siapalah chekgu(huhu..tiba2 skema), atau apa2 sahaja utk menghentam..Cuma untuk berkongsi pengalaman chekgu mengajar budak2 buta huruf ni
Pengalaman
Masa mula-mula chekgu mengajar, dikehendaki mengajar di sebelah petang..mengajar sains tingkatan 1 dan 2 serta pend. Jasmani.
2 kelas sains ting. 1 tu, kelas baik,manakala lagi 2 adalah yg tercorot..Yg paling mencabar adalah 1 Kreatif..Di mana pelajar-pelajarnya beberapa org saja yg boleh membaca, tu pun hanya mengeja perkataan sahaja..kalau digabungkan menjadi ayat, memang tak boleh..
bayangkan nk mengajar sains yg mediumnya adalah BAHASA INGGERIS kepada budak-budak ni..BOleh bayangkan tak..??
Sepanjang mengajar diorang lebih kurang setengah tahun, betul2 menguji kesabaran..Budak-budak ni boleh dikategorikan hiperaktif..berjoget-joget, melompat, bergaduh, menjerit tu rutin harian mereka..Ermm..Dah kena macam2 dengan chekgu (rotan, penampar semua dh bagi)..tp langsung takde kesan..
Masa chekgu menulis kat depan diorang boleh bertumbuk kt belakang...Ada juga yg menanggalkan tingkap cermin satu persatu..Ya Allah..Betul-betul tercabar kesabaran chekgu..
Chekgu nak bercerita pasal kelas ni mmg tak habis la..Kesimpulannya, cikgu-cikgu yg masuk ke kelas ni bukan mengajar, tetapi MENGAWAL..mengawal keadaan kelas supaya tidaklah huru-hara
Ada satu hari tu tersentuh gak ngan budak-budak ni..masa tu chekgu dah mengajar pagi, terserempak dengan budak-budak ni beratur naik tangga nak ke kelas..
Disapanya chekgu sambil salam dan cium tangan..masih ada sopannya kan??
Nasib
Apakah nasib budak-budak sebegini di masa depan?? bagaimana mereka nak mengharungi kehidupan masa depan dengan tidak mahir membaca?? Apakah pekerjaan yang mereka akan dapat? Walaupun buruh kasar sekalipun, kemahiran membaca tu sangat penting..mana tau majikan ambil kesempatan menipu gaji mereka
Masa sekarang
Sekarang chekgu dah beralih ke pagi..Tapi, masih ada yang tak tau membaca..Bahkan bercakap Bahsa Melayu pun tak fasih..Itu apa yg chekgu hadapi dalam kelas 4 Budi..Jadi, bayangkan adanya pelajar sebegini, yg datang ke sekolah kerana dipaksa ibu bapa.. Maka terjadilah kes main air kencing dalam kelas seperti yang chekgu ceritakan dalam entri
ini
Penyelesaian
kenapakah murid-murid yang berkeperluan khas sebegini masuk ke sekolah biasa..Sepatutnya mereka diajar mengikut sistem pendidikan khas yg mana cikgu-cikgunya terlatih dalam bidang ilmu khas..Adakah cukup cikgu2 biasa diajar supaya memanfaatkan Modul Kia2m?? Chekgu pun tak pasti..Kesian kalau dikenangkan nasib pelajar-pelajar ni.
Kesimpulannya..Kalau kita mengajar golongan sebegini, rasa nak marah pun ada, tapi perasaan kasihan pun terbit d lubuk hati kita kan??? ( wahh..bermadah berkelah chekgu tiba-tiba)
Walaupun Nabi Muhammad S.A.W seorang yang ummi (tidak boleh membaca dan menulis)..tetapi keagungan baginda tidak dapat dipertikaikan
P/S : dah lama tak bercerita pasal sekolah..hoho..asyik pasal makan je skang ni..Kalau nak dicerita sangat bnyk..Ada kes cikgu terajang budak, baling meja, terajang kerusi ( chekgu ke??) dan mcm2 lagi..Mmg tak habis la kalau nk cerita