Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Di sebalik mudahnya ada kalkulator

Salam..

Pagi semalam sampai di sekolah, tiba² kerani bagi surat panggilan ke bengkel penggunaan kalkulator anjuran Jawatankuasa Panitia Daerah. Pukul 2 petang bengkel, pagi tu baru dapat surat. Nasib baik surat dapat pagi. Kalau dapat petang surat tu?

Teringat haritu ada satu bengkel di Klang tu dibatalkan last² minit. Dan makluman pembatalan bengkel tu hanya diumumkan pada muka pintu dewan tersebut. Maknanya orang pergi ke situ baru tau bengkel tu batal. Haiyyaaa!! Tak boleh faks bagitau setiap sekolah ke? Jenuh orang lain tunggu woo..Menyusahkan!

Bengkel semalam berkisarkan penggunaan kalkulator saintifik fx-570MS dalam memudahkan penyelesaian sesetengah soalan Matematik Tambahan.Rupanya banyak lagi yang chekgu tak tahu mengenai kalkulator yang canggih tu.haha (canggih la sangat). Kalkulator semakin hari semakin canggih, dan memudahkan.

Tapi disebalik kebaikan kalkulator tu, terselit jugak keburukannya. Chekgu tengok pelajar² yang ambil matematik tambahan sekarang, segalanya bergantung kepada kalkulator.


2x13--> guna kalkulator

3/2 + 1 --> guna kalkulator

1/2 + 1/2 --> pun nak pakai kalkulator

Haiyoo!!

Bila disuruh congak, terkumat kamit memberi jawapan salah walaupun hanya melibatkan operasi yang mudah. Itu pelajar menengah atas, belum lagi disuruh pelajar menengah rendah. Itulah kesan kebergantungan terhadap kalkulator. Kalau dulu pelajar² siap ada buku congak. Ingat lagi tak?

Tapi kalau ditengok pelajar² Cina masih lagi bijak mencongak. Manakala yang lain memang bergantung terus kepada kalkulator!


Canggihkan kalkulator ni? Siap boleh tulis naman lagi..haha. Kalkulator ni dipinjamkan oleh seorang pelajar cikgu tadi..Tanya dulu nak pakai ke tak...hoho.

Nota Ringkas : Nak beli kalkulator barulah. Kalkulator yang dipinjamkan oleh mama Darwisy macam dah hilang je..sob..sob..sobariah.

10 anak murid yang bijak:

cikgupj said... [Reply to comment]

salam naman, link blog cpj sudah ok, sudi kiranya letakkan link blog cpj di blog naman yang popular ini...terima kasih.

n@m@n said... [Reply to comment]

@cikgupj

aiyyoo..cpj silap orang maaa..

dah masuk link ;)

sonata anak kancil said... [Reply to comment]

tadi dapat surat mintak data sumbangan drp macam2 pihak....esok suruh hantar ke jabatan...menyirap aku! ingat kita ni apa? macamlah diorang tak pernah jadi cikgu ....

Damia Aleesya & Damia Ayunie said... [Reply to comment]

kak ayu congak jer..sebab dah terbiasa..sekolah cina 7 tahun tu...

add math pun congak gak...boleh cenggitu???

E.L.I.Z.A said... [Reply to comment]

erkkk..mcm k.eli la hahahah..sbb sokmo duk guno kalkulator saintifik tu, calculation mudoh pum nk guno kalkulator hahahah tp ada haku kesah? janji semua subjek math aku dapat A hahahaha

zairie said... [Reply to comment]

0 + 0.. pakai kalkulator jgk.. hehe... ingat nak beli gak la kaki lator nie.. dah nazak da... hehe

my recent post:
apabila bintang tidak lagi bintang

cikgu isza said... [Reply to comment]

yang geram yer.. bebudak ni ingat.. bila guna kalkulator.. cikgu tak dapat kesan..

kalau jalan kira salah.. tapi jawapan betul.. guna apa lagi?

cikgupj said... [Reply to comment]

@n@m@nyeyeye....terima kasih...

a kl citizen said... [Reply to comment]

orang jabatan ni macam keluar dari universiti yang sama je, kan... universiti last minit

DaHLia said... [Reply to comment]

pernah student tanya
"teacher, 4 x 0 berapa"
time tu memang terjegil bijik mata, xtau nak cakap apa dahhh...

anyway, pernah dapat modul penggunaan kalkulator tu, memang memudahkan...kalo ada masa, boleh buat bengkel penggunaaan dengan students, tapi tu laa...entah bila..hehe

Post a Comment

'kesopanan dan kesusilaan'
Tu rukun Negara kelima kan??
Kalau nak komen hayatilah rukun Negara kelima tersebut

(maaf kalau lambat/atau tak terjawab..akan cuba dijawab)

TQVM..;)