Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rupanya Khairul Fahmi Che Mat Meniru Gaya Penjaga Gol Lain!!

Fuhh.. Sana sini blog bercerita pasal penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau nama manjanya Apex. ;p. Tiba² juga blog buah hati pengarang jantung beliau atau dalam bahasa mudahnya awek beliau, http://jejariruncing.blogspot.com/ menjadi salah satu blog yang mempunyai trafik yang agak jem.Malahan bilangan 'follower' meningkat dari beberapa ratus menjadi hampir 5k dalam beberapa hari sahaja..Wow!!

Kecekapan Khairul Fahmi memang banyak membantu dalam perlawanan di Jakarta malam Rabu lepas. Tapi saya tak puas hati, rupanya Khairul Fahmi ni meniru gaya penjaga gol yang sedang meningkat naik juga di Malaysia. Apa punya orang daaa.....Jom kita tengok buktinya!!! (marah ni!!)





























**gambar KFCM diambil di fanpage beliau, KFCM

Kan??? Kan???? Kan???? Bola pun sama warna. Keh keh keh.



Gambar² Darwisy tu diambi dalam entri Darwisy Menunjukkan Bagaimana Cara menangkap Bola Yang Betul Kepada Van Der Sar selepas kecewa melihat kesalahan mudah penjaga gol Man United tu. ;)


Sedikit Biodata Khairul Fahmi ada dalam gambar di bawah yang diambil dari Wikipedia.

rupanya saya lagi tinggi dari KFCM..ehhe

Harap² sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan negara akan kekal sebegini. Menang atau kalah, mereka tetap mewakili tempat tumpahnya darah kita!! Jangan masa kalah, mereka dicerca, dihina.

Nota Ringkas : Tak sabar nak main bola kat padang dengan Darwisy.;)

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Kalau Bukan Kerana Bola, Najib Tak Umumkan Jumaat 31 Disember ni cuti umum

Bloglist dan dashboard penuh dengan cerita² pasal kemenangan pasukan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup. Banyak blog tiba² jadi blog wartawan sukan..hehe

Bagi yang tak minat bola pun akan tiba² suka bola sepak sebab PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dah mengumumkan 31 Disember ni cuti umum sempena meraikan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia tu..

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

-- BERNAMA

Ada yang tak suka dengan bola, konon-kononnya macam orang bodoh duk berebut satu bola tengah padang. Yang tak minat tu, janganlah duk kata macam² pulak ye. Kerana Allah jadikan manusia ni berbeza sifatnya. Kalau kebanyakan perempuan suka membeli dan membelah bazirkan duit, kebanyakan lelaki pula suka menonton bola sepak bazirkan suara menjerit, tetapi ada juga sebaliknya, di mana ada perempuan suka tengok bola tetapi tak suka shopping, manakala ada lelaki yang suka shopping tapi tak minat bola..hehe

Nota Ringkas
: Rambut sama hitam, hati lain².♥♥♥♥

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Pemenang Kalendar 2011

Hari ni tamatlah urusan di bawah lembayung seri paduka baginda tu. Jadi bolehla mula berblogging dengan rasa amannya..hehe. Dan yang pertama sekali mestilah nak selesaikan keputusan pemenang² Kalendar 2011 tu.


Saringan pertama hari tu ada dalam gambar di bawah ni. Ada tanda pangkah, dan ada sedikit nota. Itu cara saya menilai, hehe. Memang pening sebab gambar² banyak yang menarik.


Jadi untuk kali terakhir penilaian, saya memilih....

momen² gambar yang menarik, dengan si anak yang pandai berposing..hehe. Gambar selebihnya ada di http://afazilzura.blogspot.com/2010/11/saya-nak-jadi-model-kalendar-2011.html



Menonjolkan nilai-nilai persahabatan. Jom tengok gambar selebihnya sini di http://kamicontest.blogspot.com/2010/11/saya-nak-jadi-model-kalendar-2010.html

Untuk 2 orang pemenang ni sila emelkan
-nama
-alamat
-contact

ke naman807@gmail.com

PENGUMUMAN

Oleh sebab lambat bagi keputusan, dengan ini saya nak adakan satu cabutan bertuah untuk mereka² yang disenaraikan di http://naman0807.blogspot.com/2010/12/senarai-penuh-bakal-model-kalendar-2011.html sahaja tak termasuk yang dah menang..hehe

Cara dia hanya komen di entri ini dengan menyatakan nombor masing². Ditutup pada 1 Januari 2011 jam 12 pagi.

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Biru ke Hijau? Tiga Kolum ke Dua Kolum?

Hari ini semasa tengah meeting, dapat SMS dari mama Darwisy, bertanyakan mengenai edit HTML. Wah. Tiba² beliau dah mula nak berjinak-jinak dengan edit template sendiri.

Balik rumah, dia tunjuklah hasil godekan beliau tu..

Iaitu edit template dari 3 kolum kepada 2 kolum. Wow. Boleh rupanya buat sendiri. keh keh keh. Dah berbulan minta saya edit template pink beliau itu kepada 2 kolum, tapi ada je alasan bernas dari suami dia.. ;p

Jom tengok hasil tangan beliau di blog mama Darwisy. hehe

Sebenarnya sejak awal berblogging, kami telah edit template minima yang asalnya 2 kolum kepada 3 kolum. Dan sampai sekarang ni saya menggunakan template ini.

naman
Alexa Rank 358,458 (setakat 27/12)

Saya ada juga photoblog, diberi nama fotonaman..keh keh keh. Bajet gambar² lawa la tu nak buat photoblog!

Alexa Rank 696,511 (setakat 27/12)

Bila tengok fotonaman ni, rasa macam sejuk la pulak mata memandang dengan warna kehijauan itu. Tambah² 2 kolum pulak. Gambar sedabak woo.

Apa pendapat anda?

Perlukah blog ini bertukar template hijau yang mendamaikan dengan 2 kolum? Mana yang lagi bagus?

Biru ke Hijau? Dua Kolum ke Tiga Kolum? Apa kelebihan dan kekurangan masing²?

Pendapat² anda didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. (skema kan ayat. Cikgu katakan..haha)

Nota Ringkas : Menunggu saat² merdeka!

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Lokasi Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3

Cuba update sepantas kilat, kerja masih bertimbun. Perlu dihantar Isnin ni..Waduh..waduh..

Nak update sebab ni rasanya info yang agak berguna bagi penjawat² awam di Putrajaya, berkenaan Klinik Kesihatan yang baru dibuka 1/12/2010 di Presint 3. Sebelum ni satu²nya klinik kerajaan adalah di Presint 9, yang mana sentiasa ramai.

Pintu masuk Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3

Tercari-cari lokasi? Klinik Presint 3 ini Terletak di bawah bangunan kaca berwarna hijau ni, bersebelahan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia


tengok, mana ada orang lain pun. Mungkin ramai tak tahu lagi

Kami ke situ tadi kerana Darwisy demam dan selsema sikit. Risau pulau bila tiba² demam ni. Alhamdulillah demam biasa² sahaja. Tak panas sangat.

Sebelum ni kalau Darwisy demam agak panas, memang kami terus ke Klinik swasta di Bangi. Kesian nak tunggu lama² kat klinik Presint 9 tu. Yang hairannya kat klinik swasta, doktor cakap lebih kurang 10 minit, bagi ubat selsema sebotol, cajnya RM60++.. Alahai. Kesian orang kerajaan yang nak menggunakan khidmat klinik swasta ni kan? Jadi harap² dengan bertambahnya klinik kerajaan kat sini memberi manfaat kepada penjawat² awam di Putrajaya.

**Klinik Kesihatan (KK2) Putrajaya Presint 18, di dalam pembinaan sekarang.

Penting
1.Kat sini belum ada lagi HRMIS online, jadi sila bawa GL kalau tak nak dikenakan bayaran,hehe.
2. Selain bahagian pesakit luar, ada juga bahagian klinik ibu dan anak.


P/S :

Nak menangi cash, gajet² menarik seperti Ipad, laptop, atau Iphone? Peluangnya ada di bawah. Sila klik gambar di bawah ni. Mana tahu ada rezeki anda.

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Blogging-Ada yang lagi penting selain trafik dan cek nuffnang

salam..

Masih lagi dalam mood kerja Urusan Seri Paduka Baginda. Masih mengejar dan dikejar masa, tetapi masih lagi teringin menaip-naip di keyboard laptop ini. Rindu barangkali! (Eceh)

Blogging, satu fenomena yang semakin ketara di kalangan mereka yang celik IT, bahkan tak semestinya celik, rabun dan buta IT pun turut merasa kehangatan berblogging, lagi² bila sekarang ni Nuffnang sangat bermurah hati memberi buffered yang dulunya dikira mustahil untuk blogger picisan macam saya.;p

dah lama tak cashout ni..hehe..kita bela bagi banyak dulu la kan baru seronok

Tetapi, pada pendapatan saya, selain dari trafik yang sangat penting bagi buffered, ada satu lagi 'nilai' bukan materialistik yang kita boleh dapat melalui berblogging, iaitu ;




PERSAHABATAN!


Betul kan?


Hari Ahad lepas, satu majlis kecil diadakan sempena sambutan harijadi pertama Darwisy. Dan yang datang, ada yang dari jauh, selain kawan² lama adalah kawan yang dikenali melalui ruang maya, iaitu blog.

semua ni mak² orang..ok? ;p

Dari kiri cepat jalan!

ElizaDianna - Kajang
mama tisya- Dari Keramat
mama Darwisy- tuan rumah..keh keh keh
E-car- Bangi - (tauke kek ni..hehe)

Tiada dalam gambar
-Zimah- satu apartmen

Ya.Kesemuanya dikenali melalui blog!

Ada kawan lama, satu sekolah yang dijemput, tapi tidak berbalas sama ada boleh datang ke tidak. Bila diingat, masa kami dijemput, kami datang, usaha jugak cari hadiah walaupun tidak mahal (bukan mengungkit, cuma agak terasa ;) )

Kesimpulannya, teknologi ni kalau dimanfaatkan memang terlalu banyak kebaikannya, begitulah sebaliknya kan?

antara aksi candid Darwisy semasa majlis

Nota Ringkas : Esok mesti mama Darwisy cakap '' Update blog jugak?? Bila nak capai target?''

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Junjung titah patik harap diampun!






Walaupun tengah bercuti, ada tugas berbayar di bawah Urusan Seri Paduka Baginda yang perlu diselesaikan sebelum penghujung cuti sekolah ni. ;). Jadi kehidupan online yang memang dah suam² kuku tu kena simpan ke tepi dahulu. ;p

sempat lagi bermain dengan Depth of Field..keh keh keh..

Maka bermulalah hari² untuk menjadi nocturnal.

Apa kena mengena dengan tajuk entri tuuu??

Hehe..Itu adalah petikan dari lirik lagu Daulat Tuanku oleh Butterfingers. Dari album Selamat Tinggal Dunia yang sangat mantap!!

Sila tekan play kalau nak dengar


Lirik Lagu Daulat Tuanku-Butterfingers

Hujan di tengah hari

Pakai payung emas

Lumpur yang terpalit

Dayang-dayang kemas

Belajar luar negeri

Duit tak pernah cemas

Setelah ditabalkan

Jodoh dengan puteri


Party hujung minggu

Kereta BMW

Cari gebu-gebu

Teman beradu

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Perempuan zaman modern nak ayam tambatan

Ataupun anak Sultan lupa daratan

Panchung sula rejam Woi!

Aku tak gentar

Lagi suciku ini milik rakyat jelata

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku


Oh! Janganlah murka

Dirgahayu takkan layu

Oh! Lagu ini takkan berhenti


OK jumpa lagi di lain hari

OK cuba lagi sampai mati

OK jumpa lagi barangkali

Janganlah cemas


P/S : Keputusan model² kalendar ditangguhkan dulu ye!. Harap maklum dan harap maaf..;)

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Kak Yah Tembok!

Hari ini baru sampai ke Putrajaya. Macam biasa atas jalan raya macam² ragam pemandu boleh dilihat. Kalau boleh semuanya nak cepat sampai..Aduii.

kak yah adalah nama panggilan mak saya di kampung. Dari budak² kecik, belia remaja semuanya memanggil nama kak Yah. Jadi sentiasa muda lah mak saya itu..keh keh keh..

Tembok??

Tembok bukanlah bermaksud tembak mahupun muka tembok. ;P. Tembok bermasuk jalan raya. Jadi kak yah tembok merujuk kenapa rumah saya yang terletak di tepi jalan raya besar. Tidur malam² bukan ditemani unggas malam, tetapi ditemani bunyi-bunyian yang agak sakit untuk telinga menerimanya. Tetapi alah bisa tegal biasa katakan..hehe.. Mujurlah Darwisy tak terganngu dengan bunyi-bunyian itu.

Baru² ni sempatlah bereksperimen dengan teknik 'panning', atau lebih kacak jika disebut 'fenning'. Dirakam melalui celah² tingkap berbekalkan kamera besar yang paling murah!! ♥♥

gaya seakan Max Biaggi gitu!

ElizaDianna(bukan nama artis) memberi sedikit tips, tetapi tidak diikut..keh keh..keh.

Nota Ringkas : Kembali bekerja esok..Oh..

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Aksi Darwisy Ketika Orang Sibuk Mengemas Nak Balik Kampung

zipkan kemudian kunci dulu

bye..bye uolssssss!!!!!! (gitu)

Darwisy bertolak dulu ye!! Beratnya beg ni!!

Balik kampung untuk beberapa hari sebelum kembali berkhidmat minggu depan di bawah lembayung Urusan Seri Paduka Baginda. ;)

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Jom belajar cara² menimbang bola..Gerenti pandai!

Jom kita tengok hamba Allah yang seorang ni menimbang-nimbang bola di balkoni tingkat 4.

Ni adalah beliau di zaman belia remaja 4 tahun lalu. Semasa berat 10kg kurang daripada sekarang..hehe

Amacam, walaupun setakat itu sahaja yang saya tunjukkan, rasanya ada juga yang tak boleh nak buat kan? Saya ada belajar satu teknik rahsia untuk timbang bola daripada majalah.

Caranya sangat mudah, yang kaki bangku pun akan rasa tutorial ini sangat mudah. Untuk belajar cara² menimbang bola dengan mudah dan cepat, sila klik gambar poyo di bawah ini. Gambar ini telah dilink kepada tutorial tersebut.


Senangkan? Sesiapa yang tak faham boleh tanya saya. ;p

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Senarai Penuh Bakal² Model Kalendar 2011 ;p

Fuh..Penat. Berjam² menghabiskan saringan pertama ni.hehe..

Inilah buktinya. Jangan ditanya tanda² yang ada pada 35 senarai tu..hehe..

Borang markah ni..;p

Ni adalah senarai penuh mereka yang berminat dengan kalendar 2011 haritu. Kalau ada yang tertinggal tolong bagitau ye. Rasanya dah check betul².

1

2

3

4

5

6

7(BLOG NOT FOUND)

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30(BLOG NOT FOUND)

31

32

33

34

35

Dah ada beberapa gambar yang mengancam, cuma akan ditanya pandangan mama Darwisy dulu..;)

SALAM MAAL HIJRAH dan SELAMAT BERCUTI!

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Saiz 30, 31 yang dulu

Baru² ni operasi gotong royong mengemaskan almari baju, nak asingkan yang mana nak buat balik ke kampung, sama ada nak pakai kat kampung, atau nak sedekah. Bila je mengemas, baru teringat ada beberapa seluar jeans saiz 30 dan 31 yang dah ketat. Boleh dipakai tetapi seksa jiwa raga weh!

Sob..sob..sobri..koleksi² yang terpaksa disimpan rapi

Ada yang murah, ada yang tidak murah, yang pastinya tiada yang mahal..hehe. Paling mahal pun renoma dan soda, tu pun pakai tak best. Yang selesa pakai yang murah jugak.


Nasib baik..


Nasib baiklah...

Sangat² bernasib baik kerana satu²nya Levis original yang dibeli 3 tahun yang lalu bersaiz 33. Fuh!!. Kalau tak menangis. Tak tahu macam mana boleh beli saiz 33 sedangkan masa tu pinggang bersaiz 31. Levis adalah satu²nya jenama yang saya takkan beli buat kali kedua dan seterusnya, melainkan ada sale 50% ke atas ( kedekutnya)

takkan beli dah..hoho

Bukannya apa, sebenarnya harga 'brand' yang lagi mahal daripada harga kualiti. Dulu beli pun sebab bujang, dapat gaji masa kerja kontrak(sebelum posting ke sekolah) terus beli. Bila beli termenung panjang memikirkan harganya. ;p

Sekarang saya hanya memakai Jeans Edwin. Mahal jugak?? Tidak!. Paling mahal pun RM60++++, bahkan ada dua helai di bawah RM40. Kainnya lagi lembut daripada Levis yang saya beli dengan harga RM223 dulu tu!! Nak dapat Jeans Edwin dengan harga murah, carilah dekat Jusco. Ada dijual yang outdated punya, seluar jugak kan? Bukannya basi.

Sesi soal jawab : Anda suka barang berjenama? Kenapa anda suka/tak suka?

Nota Ringkas : Tanya poket masing² kan? kan? kan?

[+/-]sila klik utk selanjutnya

(Kedai Makan Best Bangi)-Yati Ayam Percik

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Baru perasan entri jalan² cari makan sangat jarang ada dalam blog ini. ;). Antara sebabnya ;

a) Jarang makan kat luar
b) Entri dah dibuat oleh mama Darwisy ..hehe
c) Memasak bersama pasangan di dapur mengeratkan silaturahim (auu!!)

Kenapa jarang? Makanan kat luar kita tak tahu akan kebersihan sebenar²nya! Mungkin di luar nampak bersih, tapi di dalam?

Sayur dicuci betul²kah?

Telur dicuci ke tak?

Ayam dari mana?

Tetapi itulah, sebagai manusia biasa (eceh), nak juga merasa makanan yang di luar kebiasaan. Sekarang mudah nak cari kedai² makan best. Taip sahaja di enjin carian, contohnya;

'' Kedai makan/restoran best kat Bangi ''

'' Kedai makan/restoran romantik '' (ewahhh, plastik tak boleh ke bang?)

Agak ramai yang menggunakan keywords kedai makan best di bangi, jadi apa salahnya saya membantu ye, walaupun bak kata mama Darwisy ;

''Batu dengan kayu je yang u tak telan '' waahhh..lasernya dia.

Maknanya saya semuanya boleh makan, sedap ke tak sedap ke, semua boleh masuk..hehe. Jadi tak retilah sangat nak menilai macam orang lain kesedapan makanan² yang ada kat sesebuah kedai makan tu. Orang lain siap bagi gred atau rating lagi.

Baru² ni jalan² cari makan kat Bangi, yang digelar syurga makanan (fuhh). Terjumpalah kedai Yati Ayam Percik di seksyen 9. Banyak lagi cawangan² lain, tapi kat Bangilah yang paling dekat dengan Putrajaya.

Orang cakap rasa kat sini tak sama dengan cawangan di Kelantan, entahla.

rupa kedai

persekitaran dalam yang bersih

nak makan bersila pun boleh

makan jangan tak makan

Kami mengambil set A untuk 2 orang yang terdiri daripada nasi kerabu, daging bakar dan ayam percik, berharga RM 17.90

nasi kerabu

daging bakar

ayam percik

dan ditambah

Gelas yang unik
Air RM 2.90 segelas

sup tulang RM 6.90 ( tak berapa kick!)

solok lada RM 1.90 satu
Telur masin RM1.00 sebelah

Agak mahal kan? Jadi terpulanglah pada selera masing². Kalau dah lama mengidam nak makan nasi kerabu yang sedap, bolehla ke seksyen 9.

Facebook Yati Ayam Percik- sini

Nota Ringkas : Tepuk dada tanya selera, jangan lupa tepuk beg duit sama ;p

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Tips Ajar Anak Berjalan dengan Cepat

Sekarang bertugas sebagai mr mama separuh masa. ;p.

Darwisy sekarang dah setahun sebulan, tetapi masih lagi segan² nak tatih/jalan. Tapi bab bercakap tak henti² terutama perkataan JATUH, yang disebutnya tanpa pelat langsung. Kami tahu dia dah boleh jalan sikit², cuma bila Darwisy nak cepat, dia lebih suka merangkak dengan kelajuan 8km/j. ;p

Tadi timbul idea nak merangsang Darwisy supaya jalan ke depan. Hanya letak kamera digital yang dah rosak tu depan dia, sambil rekod video (kamera samsung tu masih lagi boleh ambil video walaupun rosak). Darwisy pantang tengok kamera tu sebelum ni, nak je. Jadi bila diletakkan di depan dia, apa lagi, jalanlah nak pergi ambil.

Ini adalah videonya ;


Selepas tu, Darwisy dah mula berjalan. Tak nak dah merangkak-rangkak..hehe..Dah mahu berjalan ke depan bila saya panggil.

Alamak. Senget pulak video ni??

Menangis pulak orang nak ambil gambar dia berjalan..hehe

lepas ni tak payahla bergantung macam ni lagi ye!

Nota Ringkas : Orang kata nanti anak dah berjalan kuruslah mak bapak!..hehe.Eloklah, nak turunkan 5 kilo ni!

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Cincin Permata Untuk Isteriku

hoho..Beli cincin permatakah? Atau belikan permata? Atau telur mata?

Gambar dari sini

Owh..tidak..hanya nyanyian merdu dari suamimu ini..hehe

Terimalah dendangan khas sempena hari jadi ke 25 mama Darwisy

gitar pun tak tune!! sumbang oo!

Kod Gitar dan Lirik Permata ( Untuk Isteriku ) - Kopratasa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
B Em C Am Em
Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi
B Em B
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

Em C Am Em
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
B Em
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
B Em
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

D G Em
Kuingin kau jadi wanita mulia
D G Em
Yang tahu harga budi dan hati
Am C Em
Seorang lelaki bernama suami

B Em
Kerana engkau isteri
Am Em
Kuingin kaumengerti bahawa hidup ini
B Em
Tak semudah yang kita janjikan
B
Yang kita janjikan
Em
Kerana kau isteriku

Kod sama macam di atas

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Happy 25th Birthday to mama Darwisy!!


Tak reti nak berpuisi², nanti sasterawan² kat Malaysia tak boleh cari makan..hehe

[+/-]sila klik utk selanjutnya

Darwisy yang suka membaca macam papa(yeke?)

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Baru² ni dapat tangkap gambar Darwisy yang sedang khusyuk membaca buku babybooks dan juga sedang memilih perabot dalam katalog IKEA.

tengah baca baby books

memilih perabot kesukaan

Jadi baru² ni kebetulan ada jualan murah² oleh kedai buku MPH di Alamanda, saya belikan Darwisy 2 buah buku kulit keras.

lupa nak rotate..hehe

Reaksi mula²,

seronok dapat buku

Lama², dah bosan, Darwisy buat main je


Tengok-tengok ,

Epal boleh dimakan kan papa?

Tajuk di atas hanya benar, tiada benar selain benar² belaka sekiranya dirujuk zaman 1990an dahulu, masa sekolah rendah. Masa sekolah rendah, suka baca buku, kebanyakannya buku penyiasatan Enid Blyton

dari sini

Pernah menang pembaca buku terbanyak buat beberapa kali, ironinya hadiah adalah buku penyiasatan jugak..hehe

Tapi itu dulu, sekarang hanya membaca blog sahaja. Jarang² beli buku. Bila beli tengok 2, 3 muka surat lepas tu simpan..keh keh keh..

Sesi soal jawab : Membaca blog sama tak dengan baca buku? Anda suka membaca buku tak? Buku genre macam mana?

[+/-]sila klik utk selanjutnya